Monday, October 31, 2011

Cakap Tak Serupa Bikin

Bila baca komen-komen pembaca yang tercatat dalam Malaysiakini.com versi Bahasa Melayu, saya rasa hairan dan tertanya-tanya.
Jika anak-anak pengkomen tersebut bercakap kasar dan mencarut, menghina dan memanggil orang dengan nama yang tidak sepatutnya, adakah pengkomen-pengkomen tersebut akan marah?

Generasi kita pada masa hadapan mungkin tidak lagi bersopan santun dan berlemah lembut.

Ya.
Mungkin.

Wednesday, October 26, 2011

Iron Woman.

Saya breastfeed anak walaupun sibuk berkerja dan belajar.
Ya.
Kelihatan penat.
Memang penat sebenarnya.
Saya masih berusaha menyesuaikan diri dengan kerja-kerja rumah, kerja-kerja pejabat dan assignment.
Asalkan ada masa terluang saya akan memerah susu untuk disimpan.

Seperti waktu mengandung, mak saya kata saya seorang yang kuat semangat.

Monday, August 15, 2011

Ga Ya Ga Ya

Sakit gusi dan gigi macam dah sinonim dengan diri saya.Sakitnya tu hanya Allah yang tahu.Saya rasa,sakit yang paling sakit didunia selepas bersalin adalah sakit gusi.Bila dia datang menyerang,habis telinga,kepala dan badan jadi sakit.Huhh...

Baru-baru ni sakit gigi menyerang lagi.Gigi berlubang dan reput.Mula-mula sakit gigi lepastu merebak ke sakit gusi.Sampai telinga pun sakit.Pergi kerja rasa macam nak telan semua orang.Nak senyum tak boleh.nak cakap pon tak boleh.Huhhh...

Jadi Jumaat lepas 12 Ogos,saya ke klinik Pergigian Insyirah dekat TTDI Jaya.Tahun lepas dah pernah pergi ke klinik ni.Ambik ubat je.Tak cabut pun.hihi.Dan bila pergi kali ni doktor tu masih ingat saya.Doktor check dan dia cakap tak boleh cabut arini sebab tengah sakit dan sedang demam.Jadi saya tentukan hari Isnin malam,pukul 9 saya datang balik untuk cabut gigi yang bawak banyak  masalah besar dalam hidup ni... huhu

Jadi hari yang ditunggu tiba.Sebelum tu,tiap-tiap kali lepas solat mintak doa dekat Allah moga dipermudahkan cabut gigi.Takut wooo...1st time dalam hidup.

Sampai ke klinik tepat jam 9.Doktor panggil masuk dan doktor bagi relax-relax dulu.Lepastu doktor cucuk ubat bius sebanyak 2 kali.Cucuk tak sakit.Lepas tu dia punya kebas tak hardcore mana pun.Saya masih lagi boleh rasa lidah saya sendiri.Bibir pon tak kebas mana.Lepastu doktor dah nak mula cabut gigi.Mula-mula tak sakit,tapi bila doktor tu dok goyang-goyangkan gigi dan saya dengar bunyi 'crek crek'bunyi gigi,terus rasa sakit dan air mata mengalir secara automatik.waaaa.....

Lepastu doktor cakap tak apa,kita tambah bius lagi.Jadi kalau tak silap dia tambah lagi 2 jarum.Saya tak pasti sebab tutup mata sepanjang proses berjalan.huhu.Lepas cucuk untuk kali kedua,doktor tu cabut tak rasa apa.Tengok-tengok doktor cakap dah siap dah..Fuhhhhhhhhh alhamdullillah....
 
Bila dah cabut boleh pulak dok sembang,senyum-senyum dengan doktor.Dan doktor tu bagi mc sehari.Suruh rehat banyak-banyak dekat rumah..Saya mintak bawak balik gigi.Tapi dah buang.Besar gila akar gigi tu..Ngeri tengok..

Moral of the story-Jagalah kesihatan gigi anda seusai anda kecil lagi.PeaceNoWar.















Tuesday, July 19, 2011

Hak Tui!

Sana sini orang sibuk cakap pasal hak. Hak itu. Hak ini. Hak bersuara. Hak menulis. Hak kesamaraan jantina.
Hak kebebasan manusia dalam Islam memang ada, tapi mesti ada batasnya. Mesti ikut al-Quran dan Sunnah.

Pada saya,
sebelum kau sibuk minta hak daripada orang lain
kau kena tunaikan hak orang lain terlebih dahulu.

Thursday, July 14, 2011

Time Flies

Kandungan saya kini berusia 36 minggu +.
Masih lagi gagah berjalan laju macam perut tidak mengandungi apa-apa.
Ahad minggu lepas sampai lenguh pinggang redah Mutiara Damansara, berjalan ke The Curve, Ikano, Ikea.
Due date kelahiran adalah 6/8/2011. Semoga dipermudahkan.

Kelas Master saya untuk semester tiga akan bermula September ini.
Masih fikir nak mintak tolong siapa jaga baby. Oleh sebab Master by Coursework saya ambil secara part time, biasanya kelas dijalankan dalam weekdays yang memerlukan selepas kerja saya bergegas ke kelas malam.

Suami saya seorang jurutera, selalunya waktu pulang dari kerja tidak statik.
Nak ambil seorang maid bagi saya ia bukanlah satu keperluan, tambah pulak kekangan kewangan dan privacy.

Herm..

Tuesday, June 21, 2011

Zaman Ketagih

Nak dibandingkan dengan tahun 2003 dahulu, sekarang saya amat malas menulis blog.
Masa zaman sekolah dan zaman universiti, ketagihan berblog memang macam takde ubat.
Selepas membuang segala memori dan kenangan di blog lama. Saya rasa hidup saya semakin baik.

Sekarang, 2011.
Blog dah tak berapa penting sebab takde feel nak bercerita benda remeh temeh.
Tapi sebagai kenangan, macam nak tulis jugak lah.
Keh keh.

Monday, April 18, 2011

Feeling Harry

Masa SPM dulu, subjek Sains saya hanya dapat B3.
Saya bukan pelajar aliran Sains. Tidak pernah dapat A dalam Sains.

Bila dapat belajar subjek Sains secara formal, ada banyak nama bahan kimia atau nama bakteria yang perlu saya ingat dan faham fungsinya.
Apabila menyebutnya banyak kali, saya rasa seperti berada di dalam cerita Harry Potter.

"Lactobacillus Delbruekii!"


Hahahah!

Tuesday, March 15, 2011

Jepang!

Dulu masa di semester enam saya ada belajar Bahasa Jepun. Belajar tulis Katakana dan Hiragana.
Dalam Microsoft Word saya dulu siap setting Hiragana.

Saya obses dengan drama Jepun ketika itu.
Sangat suka Arashi. Heh.

Tapi sejak bekerja dan berkahwin, saya sudah lupa beberapa suku kata Hiragana dan Katakana.
Ntah apa khabar Arashi agaknya sekarang.

Saturday, March 5, 2011

Chill lah!

Biasanya waktu pagi, kebanyakan radio kerajaan akan ada program motivasi pagi.
Saya dengar seorang penceramah motivasi bercerita mengenai kawan dia.

Saya namakan kawan penceramah ini sebagai Amin.
Suatu hari Amin dan kawannya naik komuter. Sampai satu stesyen, pintu dibuka dan kelihatan seorang lelaki masuk bersama dua orang anak lelakinya yang berusia lebih  kurang 4 dan 6 tahun.
Masuk sahaja dalam komuter lelaki itu terus duduk dan melelapkan matanya.

Suasana dalam koc tu sunyi, ada yang membaca, mendengar lagu dan sebagainya. Tiba-tiba suasana jadi bising dek kerana dua orang anak lelaki tadi berlari dari hujung ke hujung. Mengacau orang. Menepis buku yang sedang dibaca. Memanjat-manjat.

Semua orang jadi bengang gila dengan budak dua orang yang buat bising dan mengacau ni sedangkan ayah diorang syok je tido.
Muka semua orang berkerut dan nampak kemarahan. Amin pun sama. Dia tak tahan lagi bila perangai dua orang budak tu dah makin melampau.
Amin pergi kat ayah diorang dan dengan sehabis baik dan sehabis lembut supaya tak menyinggung perasaan ayah mereka, dia pun pegang peha sambil berkata "Saudara.."
Lelaki itu buka mata dan memandang Amin sambil berkata "Ya, ada apa?"

"Anak saudara buat bising dan menggangu orang kat sini" kata Amin sehabis lembut dan menjaga budi bahasa. Lelaki tadi melihat anak-anaknya. Kemudian dia memaling dan melindungi mukanya sambil menangis teresak-esak.
Amin jadi serba salah. "Kenapa saudara? Boleh saya bantu?"

"Saya tak tahu nak buat macamana dengan anak-anak saya tu"
Air mata dia mengalir
"3 minggu lepas isteri saya mengadu sakit-sakit kepala. Saya bawak dia pergi hospital dan doktor cakap ada kanser dalam kepala. Kena tahan duduk wad. Dah 2 minggu duduk wad anak-anak saya tak dibenarkan melawat sebab dalam ICU"

"Bila saya bawa anak-anak saya pergi hospital mesti diorang tak dibenarkan masuk. Bila balik masing-masing kata rindu kat mama, rindu kat mama, bila boleh jumpa mama"

"Semalam saya dapat call daripada hospital, doktor bagitahu boleh bawa anak-anak jumpa isteri. Diorang bukan main suka. Gembira dan tak sabar nak jumpa mama. Suka sangat"

"Baru kejap tadi saya dapat call daripada hospital, nurse bagitahu isteri saya dah meninggal dunia. Saya tak tahu macamana nak cakap dengan dua anak saya" Kata lelaki tadi sambil tengok anak-anak yang tengah gembira gelak-gelak. Air mata dia mengalir dan menangis teresak-esak.


Kita senang nak benci orang padahal kita tak tahu hal sebenar.

Saya tertengok video clip Cikgu Shida Dari Parit.
Saya tak kenal dia dan mula-mula rasa dia ni ntah apa-apa. Tapi bila Google nama dia, i read lot of blogs dan tak tahu nak cakap apa.
Suka hati dialah nak buat apa. Dia pun dah dewasa.

Saya kasihankan mereka yang kutuk, mengata, mengeji dan menghina Cikgu Shida. Berkata memang senang, nak empathy memang susah kan?

PPD yang sound Cikgu Shida mesti malu dengan diri sendiri sebab sibuk nak jaga cikgu, padahal surau sekolah pun tak reti nak ambek kisah.

It wasn't me.

Saya tak berapa pandai masak, dan tak pernah langsung nak bagi resipi kat orang.
Jadi, ini bukan daripada saya.

Thursday, February 24, 2011

Life Is Peachy

Agak sukar sebenarnya bila saya bekerja dan belajar Master secara separuh masa ditambah dengan keadaan perut yang mengandungi janin berusia empat bulan.

Saya bukanlah seorang yang rajin.
Tapi saya sentiasa bermotivasi.

Apabila pergi ke kelas Master, kebiasaannya saya dan rakan akan mendapat kata-kata motivasi percuma daripada pensyarah-pensyarah yang sangat berpengalaman.

Saya hampir penat, tapi saya akan teruskan apa yang sudah saya mulakan.

Monday, February 14, 2011

Halal Untuk Semua Orang

Banyak orang kecoh pasal Halal Haram.
Diorang ni ingat Haram tu hanyalah untuk Anjing, Babi dan Arak.
Segelintir penganut Islam pun ada yang tak boleh blah jugak.
Bila JAKIM suruh apply sijil Halal, ada yang cakap "Aku dah Islam, buat pe nak mintak sijil Halal. JAKIM ni memang bengap betul lah. Menyusahkan orang Islam"


Halal maknanya SUCI, BERSIH dan SE-LA-MAT.

Suci tu maknanya bebas daripada perkara haram mahupun unsur-unsurnya. Perkara Haram ni termasuklah daging Babi, lemak Babi, bulu Babi, asap daripada air rebusan Babi, atau Anjing, atau perkara yang berkaitan dengan Arak dan Riba.

Bersih tu maknanya tempat kau masak tu bukanlah banyak tikus berkeliaran, daki minyak tebal satu inci, tandas kau kotor gile, cawan minuman kau basuh main kocak-kocak dalam air yang tak bersih, peti ais kau tak pernah cuci setahun, kau perah santan lepas kau pegang pisau potong daging (darah daging tu termasuk dalam santan kau perah), dan macam-macam lagi lah.

Selamat yang mesti kau faham dalam konsep Halal ni ialah makanan kau masak tu tak terdedah dengan telur lalat, sukatan rempah kau guna mesti berpatutan supaya orang makan tak sakit perut, makanan yang kau jual tu bukanlah makanan basi atau ayam yang dah busuk.

Sebab tu tak kiralah kau Islam atau bukan, mesti faham konsep Halal. Suci, Bersih dan Selamat.
Sebab kalau kau ikut cara Islam ikut sunnah Rasulullah SAW, mesti ada kejayaan punya. Kejayaan dari segi kesihatan, keharmonian masyarakat dan lain-lain lagi lah.

JAKIM patut lantik banyak budak-budak pengajian Islam jadi penguatkuasa dan jadikan pelajar lepasan Syariah sebagai Auditor. Dan paling penting sekali kerajaan Malaysia jangan kemut nak gajikan orang untuk buat kerja-kerja audit dan penguatkuasaan ni.

Logo Halal JAKIM tu patutnya ditukar kepada DITANGGUNG HALAL.
Maknanya, kalau orang Islam tak tahu benda yang dia makan tu ada unsur Haram maka peniaga lah yang akan tanggung dosa dia makan menda Haram. Ok tak idea ni?

Oh ya! lagi satu Akta Halal akan siap sama ada tahun ini atau tahun depan.
Saya cuma terfikir jika akta Halal itu sudah dikuatkuasakan, kalau ada kes berkaitan, mahkamah mana yang nak uruskan kes tu. Sebab Jadual 9, Perkara 2, dalam Perlembagaan Persekutuan dah nyatakan tentang hal ehwal Islam ni adalah bawah seliaan kerajaan negeri.

Dan sebenarnya, bila kita tengok balik Akta Makanan semuanya dah kira bagus kalau nak apply konsep Halal cuma takde Babi, Anjing, Arak je.


Apa-apa pun, benda baik tak payah la nak bantah.
Bye.