Monday, December 13, 2010

Penyakit Kota

Saya dan perhati banyak perangai orang di KL. Kalau anda perasan, orang yang bekerja di KL dan tinggal di KL mempunyai angin kemarahan yang mudah dizahirkan.
Maksud saya ialah orang duduk kat KL cepat naik angin.

Contohnya mamat Bangla kat Petronas salah bagi resit topup handphone. Orang mintak Maxis, Bangla tu bagi Digi.
Atau, masa nak isi gas NGV ada orang nak bayar pakai duit syiling, mamat Myanmar yang jaga pump tu marah tak nak duit syiling sebab malas kira.
Ataupun kereta depan bawak perlahan ya rabbi. Slow. Lembab.

Mungkin ini adalah berpunca daripada tekanan hidup atau mungkin disebabkan tekanan kerja. Sebab bila anda stress, perkara yang kecil dan remeh temeh pun boleh buat sakit hati.

Betul tak?

Wednesday, December 8, 2010

Lecturer Exchange

Cuak jugak saya memikirkan tentang pertukaran Ketua ke sebuah universiti terkenal di luar negara.
Memikirkan suami keseorangan.
Memikirkan mungkin tangguh pengajian selama satu semester.
Memikirkan mungkin akan memberikan kuliah di sana.

Setelah berbincang, pemergian saya ke sana mungkin dalam lingkungan satu minggu sahaja. Februari 2011.
Alhamdulillah.

Tapi, memikirkan juga permohonan saya bertukar ke salah sebuah institusi awam negara. Jika berjaya maka saya sangat kasihan kepada bos saya.

Phew!
Buntu.

Sunday, December 5, 2010

Makanan Yang Dibungkus Secara Cepat

Kebelakangan ni, saya dan suami macam dah ketagih Mc'Donalds.
Pernah satu hari, saya lunch makan Mc'D dan dinner pun makan Mc'D.
Macam sudah dapat bayang-bayang risiko kanser. Huhu.

Terutamanya saya, setiap kali habis peperiksaan saya akan singgah mana-mana restoran Mc'Donalds untuk makan Chicken Porridge dan French Fries. Dan air Milo tanpa ais.

Restoran Mc'D yang selalu saya singgah ialah di Nilai, Teknologi Park, Jusco Maluri, Taman Melati. Hulu Klang.
Kelmarin, saya dan suami cukup frust bila beli makanan di Mc'D memalui drvie thru di Mc'D (belah kiri menghala ke Kepong), punya la order large French Fries sebab kami suka betul Frech Fries Shaker BBQ flavor. Lepas suami saya tanya "BBQ shaker?" gadis kaunter tu jawab "Dah abis". Teruk kan?

Pagi tadi, apabila saya bangun dari tidur saya rasa pipi saya mengembang.
Saya buat regangan, lari-lari setempat dan urut-urut pipi dan muka.
Mana tidaknya, balik daripada Kuala Selangor malam tadi kami singgah Mc'D, makan large porridge, 2 large french fries, 2 cokes, 2 Mc'Flurry, Chicken Nuggets dan Mc'Chicken.
Sampai rumah terus tidur.

Sempena Maal Hijrah, saya rasa azam tahun baru yang sesuai ialah KURANGkan makan Mc'Donalds.

Thursday, November 25, 2010

Saya suka One Buck Short. Anda?

 Lagu ini dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Saujana beberapa tahun lepas. Kini dinyanyikan semula oleh Nazrey Johani dalam versi ala-ala Raihan.

Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang

Tapi jalan kebenaran

Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa

Akan kuatkah kaki yang melangkah

Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap

Mengharap senang dalam berjuang

Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba



Saya tunggu One Buck Short nyanyi lagu ni versi mereka.
Woah!

Topik Pagi Radio Tempatan

Saya memang suka berukar-tukar mendengar siaran radio sejak berada di sekolah rendah.
Hitz, Fly, X, Selangor, Era, Hot, Ikim, Sinar, Mix, Suria dan Muzik.
fm.

Sampaikan, masa di universiti dulu bila nak buat exam preparation, tengah study saya akan buka Ikim.fm kalau belajar subjek-subjek Islamic yang berbahasa Arab.
Lepas tu, kalau belajar subjek-subjek sekular yang berbahasa Inggeris saya akan dengar Fly.
Feeling memang berbeza.

Sejak saya mula memandu kereta, apabila menghidupkan enjin saya akan pasang radio.

Sejak kebelakangan ini, saya dapati ada beberapa buah stesyen radio membuka topik yang hampir sama di waktu pagi. Contohnya semalam:
Ikim.fm tajuk topik ialah Antara Hospital Swasta Dan Kerajaan Mana Satu Pilihan Anda.
Hot.fm tajuk topiknya ialah Bil Hospital Swasta Sangat Mahal.

Sebelum-sebelum itupun ada beberapa topik yang sama antara Ikim.fm dan Hot.fm iaitu
Pengemis: Rakyat Malaysia Terlalu Pemurah

Saya tahu topik itu adalah antara tajuk kecil di dalam akhbar.
Apabila dijadikan topik radio, ia mungkin kebetulan sama.

Tuesday, November 23, 2010

M

Nama saya bermula dengan huruf M.
Saya anak kedua daripada 5 orang adik beradik lelaki.
Masa sekolah dulu, dalam dewan peperiksaan saya akan dikelilingi rakan lelaki yang kebanyakannya nama mereka pun bermula dengan huruf M.

Kawasan kejiranan saya dulu hanya saya dan jiran sebelah yang bernama Liza berjantina perempuan. Majoriti rakan sepermainan saya adalah lelaki.
Sepupu perempuan saya boleh dikira dengan jari. Tidak lebih sepupuh orang. Sepupu lelaki lebih ramai daripada sepupu perempuan mungkin kerana faktor keturunan tidak banyak lelaki.


Ketika ini, umur saya adalah dua-puluh-lima tahun.
Di pejabat saya telah menjadi ketua kepada 5 orang lelaki yang berumur lebih daripada umur saya.
Dan saya menjadi sedikit ralat.
Tapi berusaha untuk jadi yang terbaik dari segi tolak ansur dan ketegasan.

Selamat bekerja kepada diri saya sendiri.

**Saya sebenarnya tengah buat kira-kira Oligopoly: Price and Output Determination.

Masa Mengandung Agak²nya Mak Kau Suka Mengumpat

Seorang rakan sekerja saya datang ofis. Kami bertemu di pintu masuk lif.
"Datin Lulu, peluklah saya" Mukanya sedih.
"Aku trauma" sambungnya lagi.

Rupa-rupanya semalam dia kena rompak depan rumah.
Dia, adik perempuan dia 20an dan adik lelakinya 10an telah dirompak 4 lelaki Melayu yang berumur belasan tahun. Mereka menaiki motor dan mengacukan parang kepada kawan saya apabila kawan saya dan adik beradiknya keluar daripada kereta di hadapan rumah sendiri. Di Ukay Bestari.

Selepas memeras barang kemas, laptop, telefon bimbit, dompet, broadband, jam, cermin mata,
perompak muda itu berkata "Eh tunggu kejap" lalu meraba dada kawan saya yang agak seksi.
Kemudian berlalu menaiki motor.

Bodoh gile budak Melayu yang duduk kelas tercorot, mengabiskan masa cuti sekolah dengan aktiviti merompak di masa lapang.

Kepala hotak kau dik!

Friday, November 19, 2010

Sebab Tu Jangan Berkhayal Dalam Kelas Weh!

Saya sedang ulangkaji pelajaran.
Saya tak dapat cari formula untuk dapatkan jawapan, lalu saya email kepada pensyarah.
Saya mengaku saya memang pemalas nak cari dalam buku, sebab buku saya tertinggal dalam kereta.
Malas nak ambil.
Ya. Saya pemalas.

Salam Dr.
What is the formula to compute cash payment for interest expenses in the direct method? it is not stated in the slide notes.


Seminit kemudian beliau balas

Ada
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, November 18, 2010

Peperiksaan Akhir

Mulai minggu hadapan saya akan menghadapi peperiksaan akhir:
i.
Accounting For Managers
ii.
Managerial Economics
iii.
Halal And Haram In Islam
iv.
Application Of Fiqh al-Muamalat. 


Serius nanti tak tahu nak jawab ape.
Haih.

Monday, November 15, 2010

Kesesakan Jalanraya

Hari raya Idul Adha di Malaysia jatuh pada hari Rabu (esok).
Kebarangkalian orang balik kampung ialah pada hari Selasa (hari ni).

Negeri yang paling meriah menyambut hari raya Qurban ialah Kelantan.
Orang Kelantan balik ke kampung lebih awal.

Semalam dan hari ni (dan mungkin esok) setiap pagi jalanraya di KL tak jammed.
Jadi, orang yang menyesakkan jalanraya di KL selama ini ialah orang Kelantan.

Cis!

Uncle Seekers

Lawaknye beliau.
Gigolo tua yang murah.

Saya baca banyak komen, komen paling saya nak buat ombak banyak kali ialah komen ini:

'Saya cabar Uncle sembahyang cukup 5 waktu'

Terbaek lah kau dik!

Thursday, November 11, 2010

Graduan Segar Datangnya Daripada Ladang Yang Segar

Semalam dan hari ini saya terlibat dalam menilai calon pensyarah.
Di sini, untuk menjadi seorang pensyarah selain daripada memiliki kalayakan akademik yang baik anda akan melalui 3 fasa interview.

Fasa pertama
Kebolehan menulis esei dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mengikut masa yang ditetapkan
Fasa kedua
Kebolehan mengajar menerusi mock teaching
Fasa ketiga
Interview bersama Ketua Jabatan, Ketua Sumber Manusia, Ketua Program.


Calon 1
"Jawatankuasa Pendamai ialah kaunselor di Jabatan Agama Islam. Fungsinya memberi kaunseling kepada pasangan yang bermasalah. Manakala Sulh ialah proses sebelum masuk ke mahkamah" dia kata.

"Apa beza Sulh dan Hakam?" Saya tanya.
"Hakam? erm..Hakam ialah jawatankuasa pendamai, Sulh ialah rundingan perdamaian"
"Jadi, apa beza Hakam dan jawatankuasa pendamai?"

Dia kaget.
Saya sambung"Hakam ialah wakil dari keluarga pasangan.. bla. bla. bla"

"Sori la, saya tak sempat buat preparation sebab saya kerja. Bla. Bla. Bla"

"Hal anta tastati' takallam billughatil 'arabiah?" tanya seorang panel.
"Erm.. Arab.. cubalah"
"Bla. Bla. Bla (tanya soalan dalam Bahasa Arab)"
"Saya tak faham"
Panel ulang soalan bagi faham.
Dia tak mampu jawab.
Saya jelaskan "Apa tujuan diadakan Sulh?"
Dia tak mampu jawab.

Ok takpe. Teruskan.
"Boleh tak saya tak teruskan interview lepas ni?"
Saya tanya "Kenapa?"
"Awak pensyarah kat sini ke?" Dia tanya saya saya balik.
"Saya tak minat lah. Saya tak suka environment kat sini" Dia kata.

What the hell.
Cepat give up. Hot temper. Tak matang. Takde critical and creative thinking.
Jadi, saya reject.

Kepada graduan, kalau rasa diri tu tak pernah kerja langsung at least tolonglah berfikir dengan matang.
Terutamanya graduan Pengajian Islam.
Kau kena reti market diri kau.

Bukan nak kata apa lah.
Saya dulu baru habis final exam (belum lagi konvokesyen) sudah dapat kerja ni sebab saya ada soft skills.
Saya paling tidak suka orang bagi alasan "takde masa" bila tak dapat buat sesuatu dengan baik.

Samalah masa saya ajak rakan sepasukan training petang semasa musim exam (waktu di universiti dulu)
"Nak baca buku lah. Esok exam."
Kamon la weh, training 2 jam waktu petang tak menjejaskan langsung memori atau menyebabkan anda hilang ingatan apa yang anda baca dan hafal.

Dan lagi satu,
kalau anda takde pengalaman kerja langsung, janganlah demand sangat nak tempat kerja yang very the very exclusive.

Itu baru calon pertama.
Calon-calon interview seterusnya tengoklah kalau saya ada masa nak cerita.

**Ada satu calon TESL, bila tanya pasal Tense pun gagal nak jawab. Haish!

Wednesday, November 10, 2010

Mendidik Lebih Susah Daripada Mengajar

Semalam rakan sekerja saya memberitahu seorang rakan sekerja kami mahu berhenti kerja kerana stress dengan pelajar.

Pelajar-pelajar di sini terdiri daripada bumiputera dan non-bumi.
Rata-ratanya berumur 18-27 tahun. Cuma ada segelintir yang berumur 30 tahun ke atas.

Bagi saya, ciri-ciri pendidik yang mesti ada pada setiap tenaga pengajar di seluruh Malaysia adalah:
Pertama
Jiwa kental.
Kedua
Muka selamba
Ketiga
Rajin
Keempat
Bijak
Kelima
Pandai bersosial
Keenam
Banyak membaca

Setiap hari apabila makan malam bersama suami, saya selalu cerita tentang perangai pelajar yang luar biasa kepadanya.

Saya suka dengan kerja saya
mendidik sambil mengajar.

Kalaulah dia tahu Islam menyuruh penganutnya SAYANG semua orang

Dalam agama memang ada politik.
Tapi jangan politikkan agama.

Saya kata mereka bongok.
Bongok gile.
*Kredit: malaysiakini

Tuesday, November 9, 2010

Alas Kaki Kiri Dan Kananku

Bagi saya, tidak kira orang itu pakai baju apa, corak apa atau warna apa, saya tidak kisah. Asalkan kasut yang dia pakai nampak cool dan sempoi.
Mungkin sebab itu apabila melihat orang yang berjalan atau berdiri, mata saya akan memandang kakinya dahulu.

Saya aktif bersukan sejak di sekolah menengah.
Pernah satu ketika di mana satu perlawanan peringkat zon/daerah diadakan di sebuah sekolah lain di sekitar Klang, Selangor
pada malam sebelum pertandingan saya telah meminta ayah membelikan saya sepasang sandal Nike yang berharga RM70 sepasang.

Tapi ayah saya tak mahu beli. Dia kata pakai je apa yang ada. Saya menangis. Nak jugak beli.
Saya cakap dalam hati: Tak stylo la datang sekolah orang pakai selipar cap ayam.

Teruk gila weh saya ni. Masa itu umur saya 17 tahun. Semoga Allah mengampunkan dosa saya kerana mendesak seorang bapa membelikan sepasang sandal Nike di malam hari.

Lalu ayah pun ke kedai bersama saya. Membeli sandal berwarna kuning.
Terima kasih ayah. Sangat-sangat-sangat terima kasih.

Pagi tadi, semasa menyarungkan comfort shoes untuk ke tempat kerja saya terpandang sneakers Converse yang berharga RM200. Sudah beberapa bulan saya tidak memakai sneakers sejak bergelar isteri, pekerja dan pelajar secara serentak.

Saya berdoa agar dapat pakai sneakers kembali apabila pergi bercuti kelak.
Iaitu selepas 2 tahun. InsyaAllah.

"Lepas 2 tahun mesti ada promosi, siapkan assignment ni dulu" 
kata suami saya malam tadi semasa saya membuka laman web Firefly.

Monday, November 8, 2010

KL yo!

Macam biasa, setiap pagi di kala kesesakan jalan nak ke tempat kerja saya suka tengok kanan atau kiri, kemudian depan dan belakang. Tengok kereta dan tengok orang dalam kereta.

Pagi tadi, ada sebuah kereta Viva depan kereta saya. Sticker dekat cermin belakang kereta dia ada tulis

BUSY FINDING MONEY

Sunday, November 7, 2010

Tips 2: 150km/j

Sejak setahun saya tinggal di Kuala Lumpur, saya sudah arif mengenai jalan-jalan di sini. Maknanya, saya tidak pernah gusar jika tersalah masuk lorong di mana-mana jalan di Kuala Lumpur. Saya tahu jalan pintas jika berlaku kesesakan jalanraya terutamanya di MRR2 dan terutamanya jalan sekitar kawasan Pandan.

Di zaman lampau, saya kerap berulang-alik dari KL ke Kuala Selangor menggunakan laluan tanpa tol iaitu laluan KL-Kepong-Sg. Buloh-Ijok.
Betapa bakal suami saya ketika itu sangat terkejut bila saya kata di kala saya takde kelas mengajar di KL saya sempat balik ke Kuala Selangor melalui Ijok.

Berani mati punya orang bawak kereta laju-laju lalu Ijok. Biasanya saya ambil masa satu jam 15 minit dari Pandan ke Kuala Selangor.

Kemudian, sejak Julai 2010, saya kerap berulang alik dari KL ke Nilai, Negeri Sembilan.
Setiap hari Rabu, Khamis dan Jumaat selepas ofis hour saya bergegas ke Nilai. Biasanya saya mengambil masa 40 minit untuk sampai betul-betul di plaza tol Nilai.

Tips:
Pertama
Baca doa naik kereta. Kalau dapat hafal ayat Ibn Abbas bagi tu lagi bagus.
Kedua
Pasang radio/CD
Ketiga
Kereta hendaklah Automatic Gear
Keempat
Memandu di lorong paling kanan dengan kelajuan 130km/j ke atas. Pemandu yang memandu kereta 120km/j ke bawah hanya layak berada di lorong tengah.
Kelima
Mesti sentiasa peka kepada cermin sisi dan cermin belakang supaya tahu keadaan kereta lain. Andaikata ada lebih laju dari kereta anda, maka pergilah ke lane tengah dahulu kemudian masuk semula ke lane tepi.
Keenam
Bersedia untuk eksiden.

Tips tambahan:
Jika hendak bercakap menggunakan telefon atau makan, sila pergi ke lane tengah. Paling penting pastikan stereng anda adalah power stereng.
Dan, anggap sajelah anda sedang main game token 'Kereta Racing'.

Khas untuk awek berani sahaja.
Kalau tak berani jangan mengada² nak cuba.

Masa itu emas.
Semoga berjaya.

Thursday, November 4, 2010

Tips 1: Multitasking

Pada zaman lampau saya pernah menulis tentang kebolehan perempuan membuat pelbagai kerja dalam satu masa. Contohnya sambil memasak, boleh membasuh kain pakai washing machine, lipat baju yang dah kering, bercakap melalui telefon dan memberi arahan kepada anak-anak.

Mungkin sebab kebolehan multitasking ini menyebabkan ramai perempuan di institut pengajian tinggi.
Mereka dapat menguruskan masa dengan baik. Contohnya sambil membuat assignment, mereka boleh makan keropok lekor dan berborak dengan teman sebilik serta mengupdate Friendster dan berYahoo Messenger.
Plus, mendengar lagu dalam MP3.

Apabila menjadi suri rumah yang juga bekerja dan belajar (Maksudnya ialah sibuk dengan urusan hal ehwal rumah seperti memasak, membasuh baju, mengemas dan melayan suami, juga sibuk dengan urusan kerja seperti menghadiri meeting, membuat soalan-soalan peperiksaan, melayan karenah pelajar, menguruskan hal-hal jabatan serta sibuk dengan urusan belajar Master secara course work)

Pertama:
Cari lelaki beriman untuk dibuat suami
Kedua:
Cari kerja yang ada masa fleksibel, ada ruang untuk rehat dan lepak-lepak
Ketiga:
Cari rumah dekat dengan tempat kerja, supaya ruang masa yang ada untuk lepak dan rehat kat ofis tu anda boleh balik rumah masak nasik, atau tidur atas tilam yang empuk.
Keempat:
Jangan buat kerja tertangguh kerana apabila kerja tertengguh menyebabkan pada satu hari nanti kerja anda jadi banyak dan jadi beban!
Kelima:
Sambung belajar yang mudah seperti secara course work. Pergi kelas niat untuk belajar dan cari ilmu bukan untuk riak ke apa.
Keenam:
Taat suami.

Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Usaha tangga kejayaan. Cewah.

Wednesday, November 3, 2010

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Bercerita tentang makanan Halal, kebanyakan rakyat Malaysia memang prihatin. Apabila makanan kesukaan tidak ada cop logo JAKIM maka mereka membuat bantahan secara pukal di Facebook mahupun di surat khabar perdana ataupun di blog-blog cap ayam seperti blog ini dengan mengatakan

"Harap JAKIM menyiasat produk yang tidak ada logo Halal ini. Ramai yang pengguna menggunakannya"

Ayat-ayat sebegitu biasanya boleh disamakan dengan ayat

"Tolonglah JAKIM, tolong la kitorg letak logo Halal kat menda alah ni. Kitorg suka sangat menda ni. Takkan dia tak Halal kot. Kamon la JAKIM weh"

Sebagai pengguna yang bijak bistari, kalau takde logo Halal tak payah la beli!
Tidak perlu mendesak JAKIM memberi logo Halal kepada produk tersebut.

"Abis tu Datin Lulu, kalau logo tu meragukan? Camane nak beli"
"Kalau meragukan tak payah lah beli. Kata tadi bijak bestari"
"Abis tu Datin Lulu, kalau dah terbeli?"
"Kalau dah terbeli atau termakan nak buat macamana, memang kau tak tahu. Bila dah tahu lain kali tak payah lah beli. Kata tadi pengguna bijak."


Beberapa bulan lepas saya ada terbaca mengenai seorang artis yang berniaga nasi mengatakan bahawa nak pohon sijil Halal Jakim amatlah susah.

Ketahuilah rakyat Islam sekelian, anda beruntung kerana ada JAKIM sebab boleh bagi lulus Halal.
Kalau saya jadi pengarah JAKIM, jangan harap nak bagi lulus senang-senang. Terutamanya di kedai-kedai makan.

Anda bayangkan macamana tukang masak masak kari. Mula-mula dia basuh ayam yang ada darah, lepas tu dia pegang kepala paip nak basuh tangan.
Kat kepala paip tadi dah ada bekas-bekas darah ayam. Lepas tu dia perah santan guna kepala paip yang sama tak basuh. Santan yang ada sikit-sikit darah ayam tadi masuk dalam periuk dan dibuat kari.
Maka, jadilah ia Kari Mutanajis. Fuhyo!

Mutanajis = Benda yang dimasuki najis.

Dulu-dulu saya pernah nampak ada orang tulis kat produk dengan ayat 'Ditanggung Halal', tapi sekarang dah takde dah tulis macam tu.
Kalau tulis 'Ditanggung Halal' kan senang. Bagi orang Islam dia akan tanggung dosa kalau tak Halal. Bagi orang bukan Islam kalau dia tulis ayat ni, apa adahal? Bukan Islam memang pendosa.

Sekian,
wa billahi tawfiq wal hidayah, wassalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

One Buck Short satu!

Bukan Susah Nak Jadi Pemaaf

Dalam CV saya, di ruangan kekuatan diri saya letakkan 'Seorang yang pemaaf''.
Saya tidak tahu dari mana datangnya sifat pemaaf ini. Mungkin dari Mak yang sering kelihatan sabar dan tabah dengan segala ujian Allah, atau mungkin dari pesanan ayah yang selalu cakap pada saya dari saya kecil "Perkara dah berlaku kita kena terima dan redha sebab kita dah berusaha"

Bila orang tanya kenapa saya ada ramai kawan yang pelbagai jenis, saya hanya kata saya tak pandai berhujah atau berborak tapi saya pandai berinteraksi.
Sebenarnya, berdasarkan pemerhatian saya sejak kecil, Allah telah menciptakan pelbagai jenis manusia yang mempunyai pelbagai jenis sifat dan pelabagai jenis rupa. Apa yang saya hadapi setiap hari saya akan bersyukur kerana dapat kenal ramai orang dengan pelbagai perangai dan ragam.

Saya tidak pernah menyalahkan rakan saya yang pemarah kerana apabila saya lihat backgroundnya dia berketurunan Bugis yang duduk di Melaka.

Saya tidak pernah menyalahkan rakan saya yang manja dan pemalas kerana apabila dilihat latar belakang keluarganya yang memanjakan dia.

Dan macam-macam lagi.
Apa yang saya buat ialah biarkan dia dengan perangai dia, teruskan berkawan.
Kerana saya tahu bahawa manusia tidak ada yang sempurna. Saya pun ada kekurangan. Setiap orang ada kekurangan. Kadang-kadang apa keburukan yang ada pada orang, ada sedikit pada kita.

Suami saya seorang jurutera yang berkerja di Engineering Consultant di Damansara. Suami saya kata ada seorang rakan sekerjanya yang berbangsa Cina tidak pernah menyalahkan orang lain. Apa-apa perkara dia tak pernah salahkan orang lain; jika orang lain tidak mampu buat sesuatu dia akan kata "takpe, biar saya tolong buat"

Saya mahu jadi seperti Cina itu!

Tuesday, November 2, 2010

Hidup Umpama Roda

Saya sudah lama tidak melayan komen dalam blog orang yang tidak dikenali.
Memang kelakar.
Seingat saya, kali terakhir saya memberi komen yang banyak dalam satu post blog orang ialah pada April 2009 DI SINI, ketika saya tengah sibuk menyiapkan kajian ilmiah yang bertajuk Protection of Civilians In Warfare: The Shariah and International Law Perspectives.

Kemudian, ketika saya sibuk menanda kertas jawapan peperiksaan akhir pelajar serta membuat assignment Financial Statement Analysis, saya telah memberi komen tanpa isi yang munasabah DI SINI.

Hahahah!
Ini semua ada therapy,
apabila saya menaip tanpa henti depan skrin.
Blog walking adalah mujarab!

Workaholic

Sejak habis peperiksaan akhir pada 2009 hingga sekarang, saya tidak berpeluang cuti rehat yang lama.
Hidup saya sangat teratur apabila memikul tanggungjawab sebagai suri rumah tangga, pelajar dan pekerja.

Saya mahu ambil cuti yang panjang untuk melayan dan memerhati karenah orang awam sambil sesekali tergelak kecil.

Sangat rindukan semua itu.
Tetapi Allah tidak mengizinkan masa saya.

Berdoalah.

Monday, November 1, 2010

Muslimin Wal Muslimat

Saya sangat meluat dengan sikap orang ramai yang suka membuat spekulasi mengenai seorang ustaz ataupun seorang ustazah.

Contoh pertama
Ada seorang yang bergelar Ustaz kerana mengajar Bahasa Arab tetapi kelihatan rawk di mata masyarakat kerana memakai jeans dan menghisap rokok.

Contoh kedua
Ada seorang wanita bergelar ustazah kerana mahir ilmu Fiqh tetapi kelihatan anggun di mata masyarakat kerana memakai tudung cantik berbentuk tiga segi.

Lalu mereka berkata "Ustaz ape lah macam tu" atau "Macam tu ke dinamakan ustazah?"


Ketahuilah wahai masyarakat sekalian bahawasanya ustaz dan ustazah ni ada macam-macam.
Macam Doktor lah jugak, ada macam-macam doktor. Doktor mata, doktor bedah, doktor haiwan, doktor gigi, doktor pskiatri, doktor sakit puan, dan pelbagai jenis doktor lagi.

Macam tu lah ustaz/ustazah. Ade ustaz Bahasa Arab, ustaz Fiqh, ustaz Hadith, ustaz Usuluddin.
Kalau anda tanya pasal Fiqh kat ustaz Bahasa Arab memanglah dia tak berapa reti sangat sebab dia mahir Bahasa Arab je; bab Nahu, Sorof, Balagha, dan sebagainya. Dia tak belajar Usul Fiqh yang merangkumi Qawaidh Fiqh.

Kalau tak percaya pergilah tanya mana-mana ustazah yang ada ijazah sarjana muda Usuluddin, macam mana nak bezakan Mafhum Mukhalafah dengan Mafhum Muwafaqah.
Kalau dia dapat jawab memang dia terbaek dari ladang ah.
Kalau tak dapat jawab, jangan salahkan dia sebab bidang yang dia ambil ialah Usuluddin. Tanyalah dia pasal bab aqidah mesti dia jawab laju macam air.

Sekian,
Makasih.

Eh, betul kah penggunaan perkataan spekulasi  di awal pernyataan di atas? Ahak!

Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama

Orang sekarang agak-agak ada tak yang cipta peribahasa atau pepatah Melayu?
Saya rasa kalau ada yang cipta pun, ianya tidak menjadi budaya atau ikutan
Saya rasa kalau ada yang cipta pun, bukan dia yang cipta sebenarnya. Ciplak orang lain.
Macam Lembu dengan Sapi.

Saya yakin ada di antara kita pernah menjadi 'Lembu' dan tak nak mengaku pernah jadi 'Sapi'

Kan?

Wednesday, October 27, 2010

Dadah Akhir Zaman

Sebelum ni, apabila pejabat saya menyekat laluan talian ke Facebook, saya telah membawa broadband sendiri.
Maknanya saya boleh berfesbuk pada bila-bila masa yang saya suka tanpa menggunakan talian internet pejabat.

Saya mula mempunyai akaun Facebook pada akhir tahun 2008. Ketika itu memang sangat ketagih.
Saya mula ketagih kepada internet sejak saya berada di tingkatan dua iaitu ketika umur saya empat-belas-tahun.
Cakap saja channel kuiz mana yang tidak ada nickname saya, semuanya ada.

Apabila Facebook boleh dibuka di pejabat dengan sesuka hati, maka kadangkala kerja saya agak terbengkalai dan lewat siap akibat kelalaian kepada semua perkara dalam internet. Bukan saja Facebook, blogs, Mudah.my, gosip artis, dan sebagainya.

Internet sangat mengkhayalkan dan membuang masa jika tidak mampu diuruskan dengan baik.
Itulah saya.

Sejak broadband saya tidak dibayar bil, maka saya telah menggunakan talian internet pejabat. Tetapi, apabila Facebook tidak ada maka saya telah ketagih blog walking.

Sebenarnya saya ada t.i.g.a assignment yang perlu disiapkan sebelum peperiksaan akhir iaitu:
Subjek Halal & Haram:
i. Halal Standard (Shariah Perspectives) in Food & Beverage
ii. Issues in Halal Cosmetics
ii. 2 articles review

Subjek Managerial Economics
i. Kena buat 1 article/Newsletter

Accounting For Managers
i. Analysis Financial Statement
ii. Interview dengan 1 company besar.


Internet telah mengkhayalkan saya, dan banyak assignment belum dibuat.

Tuesday, October 26, 2010

'Aqlun

Beza 'bodoh' dan 'tidak pandai' ialah:

Bodoh: Tak tahu tapi tak tanya
Tak Pandai: Dah tanya tapi masih tak faham


Berhubung dengan isu The Arrivals, saya sudah mengetahuinya sejak beberapa tahun lepas.
Sama saja macam mereka yang lain, lepas tahu maka diri telah menjadi cuak, gabra sedikit dan risau.
Macam telah diguna-gunakan.

Akhirnya saya mengambil keputusan, biarkan saja ia berlaku sebab:
Kalau cakap dengan seluruh umat pun, takdenye diorg terus bertaubat dan berhati-hati dengan musuh Islam.
Macam pakar motivasi cakap: Orang lain tak boleh ubah diri anda, anda sajalah yang boleh ubah diri sendiri.
Cewah.

Dalam Rukun Iman memang kita kena percaya Hari Kiamat, tapi kita tak boleh percaya ramalan, khayalan ataupun konspirasi.
Setiap manusia yang hidup akan mati dan akan melalui 3 fasa

Alam Kubur
Padang Masyar
Hari Perhitungan sama ada masuk Syurga atau Neraka.

Jadi, pape hal pun saya dan anda mesti bersedia untuk melalui fasa pertama: Iaitu masuk kubur disoal oleh Malaikat. Kalau anda jahat, ular akan lilit, tanah akan himpit, kena sengat kala jengking dan macam-macam lagilah.

Jadi, bersedialah untuk mati dengan buat amal baik, beribadat, jaga hati orang lain dan sebagainya.
Kalau anda baik, beramal soleh, taat perintah Allah, ikut sunnah Rasulullah, datanglah dajal besar manapun, insyaAllah dalam pelihara Allah.

Sekian,
Wa billahi Tawfiq Wal Hidayah, Wassalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuhu.

Menara Oh Menara

Ketika rakyat Malaysia sibuk berbahas tentang Menara Warisan saya tengah bayangkan orang-orang dalam mesyuarat dengan Perdana Menteri terlebih dahulu membahaskannya.

Ketika mesyuarat itu mungkin ada pihak yang bersetuju dan ada pihak yang tidak bersetuju.
Macam orang-orang Malaysia tengah berbahas mengenainya saat ini. Cuma kitatidak tahu siapa yang ada dalam mesyuarat itu dan adakah persetujuan dibuat mengikut majoriti ataupun mengikut kuasa veto individu tertentu.

Ini adalah menara tertinggi di dunia pada tahun 2010.
Semoga tidak berlaku kebakaran atau keruntuhan pada menara ini apabila kerajaan tidak ada duit nak bayar hutang. Maklumlah, orang sekarang kalau takde duit boleh bakar rumah atau kedai sendiri, lepas tu claim insurans kata terbakar akibat litar pintas. Cewah.

Saya tengah cari Laporan Ketua Audit Negara 2009.
Masyuk betul siap ada gambar-gambar bukti kukuh.

Sunday, October 24, 2010

Peribahasa Melayu

ada menyatakan Bulat Air Kerana Pembentung, Bulat Manusia Kerana Muafakat.
Ringan Sama Dijinjing, Berat Sama Dipikul.
Bersatu Teguh, Bercerai Roboh.
Dan macam-macam lagilah.

Perhimpunan UMNO baru-baru ni sangat tak Melayu sebab sangat perkauman.
Jadi, saya cadangkan agar UMNO dibubarkan kerana ia sangat-sangat perkauman.

Kenapa mesti setiap saluran TV dan setiap akhbar perdana menceritakan tentang perhimpunan itu?
Bukankah semasa perhimpunan MIC mahupun MCA tidak seglamour perhimpunan UMNO?

Bagi saya, UMNO boleh buat perhimpunan sebesar mana pun tapi tidak perlu digembar-gemburkan sehingga rakyat seperti saya berasa ia sangat perkauman.

Mungkin UMNO boleh merahsiakan semuanya secara tertutup.
Atau secara gerakan bawah tanah yang lebih dikenali sebagai

Underground UMNO.

Sekian, terima kasih. SALAM 1, MALAYSIA.

Tuesday, October 19, 2010

Duduk Kat Ampang

Teman saya yang bernama Rozi kalau dia bengang, dengan nada bergurau dia akan berkata "Gampang!"
Contohnya jika dia memakai Kebaya untuk mengajar kanak-kanak dewasa, rakan-rakan lain mengusik. Termasuklah saya yang akan berkata "Pewit Rozi, lepas ni budak-budak rajin pergi kelas lah, sebab pensyarah cun!"

Dia gelak dan kata
"Gampang!"

Sempena entry ini, saya telah Google makna gampang dengan menaip kata kunci 'Gampang means'
Ternyata tiada maksud jelas bagi perkataan Gampang. Maka saya memang rasa malas nak Google 'Who is create the word Gampang'

Cuma saya ada klik satu button yang bertanda satu ibu jari ke atas bagi ayat yang telah ditulis pada 3 tahun yang lepas oleh United-Devils; gay people who live in ampang. gampang.



Saya sedang membuat satu surat rasmi untuk diberi kepada satu organisasi bagi tujuan kajian akademik.
Saya baru menghabiskan ayat Dear Sir/Madam, ada seorang pelajar telah menalifon saya mahu berjumpa berkenaan dengan pendaftaran subjek semester depan, lalu saya bangun dari kerusi dan biarkan komputer terbuka.


Selesai perjumpaan dengan pelajar berkenaan, saya balik semula ke kerusi dan lihat di skrin komputer.
Microsoft Word saya telah ditulis begini



Datin Lulu
Matric No: 3090154
Master of Muamalat Administration (Halal Product)
Faculty Economics and Muamalat
XXXXXXXXXXXXX
XXXXXXXXXXXXXXXX                                                                     20 October 2010

To Whom It May Concern,

Sir/Mdm.

Hereby I wanna declare that I’m already married with the aspiration of having 10 kids after 15 years. I’m trying very hard to realize this aspiration but it is up to God’s will.

I believe in family planning but why stop the natural process of having more babies to make sure that the country will be overpopulated soon.

In addition, just imagine after 30 years time, when all of my kids start working, I will make it compulsory for each of them contribute at least RM 500 monthly. Thus I will have approximately an income of RM 5000 per month. That if I stop at 10. If I try harder, most probably I will have about 15 children and that will bring about 7500 per month….

That is something for you guys at XXX to figure out as a method to combat inflation
Thank you!



Memang gampang!

Monday, October 18, 2010

Syukur

Harga getah naik RM 11.90 sekilogram! Berbanding sebelum ni RM 5.60 sekilogram.
Orang kampung saya semua pakat duk bersemangat nak motong getah. Ada yang sanggup berhenti kerja semata-mata nak motong getah!
Kalau motong secara konsisten secara sebulan, dianggarkan boleh dapat RM 3 ribu. Banyak tu!

TETAPI, sekarang dekat Kedah musim hujan. Tiap-tiap petang hujan. Kadang-kadang sampai malam hujan turun. Jadi kalau dah hujan, memang tak boleh motong. Susu getah tak keluar. Ermm, siapa yang dah berhenti kerja semata-mata nak motong getah tu,mungkin kena fikir balikbetul ke tak tindakan tu.

Bagi yang tak ada kerja, yang hanya bergantung dekat motong ja, lagi kesian. Dah la anak ramai. Belanja sekolah, makan pakai anak-anak yang 8 orang tu!
Dugaan.

Harga getah naik TAPI pada musim hujan.
Allah nak uji hamba dia supaya bersabar dan tidak tamak. Apa yang penting, ada hikmah di sebalik semua yang terjadi.

 

*motong-menoreh

Bajet Ialah Perancangan

Saya rasa sangat meluat dengan orang kerja kerajaan.
Sebab pertama ialah mereka asyik minta bonus daripada Perdana Menteri.
Sebab kedua ialah apabila Perdana Menteri tidak menyatakan Bonus, maka presiden CUEPACS nak pergi tanya Perdana Menteri kenapa kakitangan awam tak dapat Bonus.

Bukankah ini suatu perkara yang sangat meluat dan menjengkelkan?


Tahukah presiden CUEPACS mahupun Perdana Menteri bahawa kakitangan awam yang rajin, cekap dan berdedikasi ketika menjalankan tugas hanyalah 10% daripada 100%?
Buktinya, jururawat di hospital bercakap kasar dengan pesakit, doktor curi tulang di HKL, polis ambil rasuah, cikgu jual ubat seks di sekolah, operator telefon tidak mahu mengangkat telefon, borang proses pending selama tiga bulan sebab kakitangan cuti bersalin, juru X-ray buat video seks dalam bilik X-ray dan macam-macam lagi.


Apa yang mereka mahu ialah Bonus, Bonus, Bonus.


Ntah bila agaknya cukai 5% mahu dihapuskan.
Saya benci bila mahu beli Sundae Coklat RM1 tetapi kena bayar RM1.10.

Benci!

Friday, October 15, 2010

Musim

Pelik dan hairan kenapa kalau berlaku sesuatu kes, ianya akan jadi macam musim. Contoh, kes bayi meninggal di pusat asuhan. Lepas satu-satu kes budak meninggal. Dah jadi MUSIM pulak.

Pelik.
Pelik.

Thursday, October 14, 2010

Lelaki Yang Terbaik Adalah Bapa Kita

Saya mula terfikir, ntah kenapa apabila kita sudah meningkat dewasa, kita baru sedar dan tahu bapa adalah lelaki terbaik di dunia.

Bapa kita sama-sama bersarapan dengan kita sekeluarga. Bapa kita marah kita tak makan sama-sama.
Bapa akan cakap mana yang perlu, dan mana yang tak perlu.

Pendek kata bapa akan cakap apa saja tanpa berselindung. Tiada sembunyi langsung.
Apa dia nak, dia cakap. Apa dia tak suka, dia cakap. Tak pernah merajuk dengan mendiamkan diri.

Bila kita sudah ada lelaki lain selain bapa yang rapat dengan kita, kita mula akan cakap dalam hati


"Kenapa dia tak sama macam ayah saya?"

Atau kita akan kata dengan dia

"Ayah saya kalau macam ni, dia akan macam ni"


Macam tu jugak kalau kita dah ada seorang teman perempuan yang rapat atau dikenali sebagai kekasih hati, kita nak dia jadi macam mak kita. Sebab bagi kita teman wanita saya mesti macam mak saya.

Kau kau, Aku aku


Hari tu ayah balik dari masjid, dia bagitau jiran depan rumah saya (abang Ad) tegur anak jiran sebelah rumah sebab bawa motor laju depan rumah dia. Maklumlah, perumahan teres, petang-petang budak-budak keluar main depan rumah. Jadi abang Ad ni pun tegurlah budak ni. Tegur dengan cara paling berhemah. Tak adalah tengking-tengking bagai. Lepastu budak tu balik mengadu kat emak dia. Emak dia ni pun pergilah serang abang Ad ni dan cakap

“Awak tak tahu lagi ayah budak ni sapa”

Lohh.. apa yang saya tahu, suami makcik ni askar. Bukan Perdana Menteri atau alim ulama’, atau anak menteri ke. Ish..ish..ish. Berlagak gila makcik ni. Kita tegur anak dia untuk jadi baik. Besok kalau dah terlanggar bebudak tengah main baru tau langit tinggi ke rendah. Abang Ad ni pun pening jugak lah sebab dia akan tinggal di perumahan ni sampai tua sebab dia beli rumah ni sama jugak macam makcik tu. Maksudnya kalau dah berbalah susahlah nanti. Kesian abang Ad.

Bila dengar ayah cerita, saya pun teringat balik masa zaman kecik-kecik dulu. Petang-petang selalu naik basikal dengan kawan-kawan pergi main kat lombong. Redah air sungai kat lombong dengan basikal. Konon-konon mencabarlah.
Tengah seronok duk main, tiba-tiba kawan, ayah uncle Raju (bukan nama sebenar.Nama sebenar dah lupa) nampak kami duk main dekat lombong tu. Dia pun suruh kami semua balik. Dia cakap bahaya main dekat sini. Kitaorang pun baliklah. Balik rumah je, mak tanya sambil duk pegang rotan bulu ayam.

"main mana tadi?"
"main kat taman je"
"Hang toksah dok tipu mak. Uncle Raju bagitau hang pi main di lombong nu. Cari apa sampai pi lombong tu?"

Apalagi,mak hentam saya dengan adik cukup-cukup. Pertama, sebab tipu. Kedua sebab main dekat lombong. Tapi kalau mak yang pukul, sakit dia tak macam ayah yang pukul. Hihihi. Tapi dalam hati ni berdebar jugak sebab takut mak report kat ayah.
Itulah bezanya budak dulu-dulu dengan sekarang. Dulu,prinsip dia macam ni: anak aku anak aku, anak kamu anak aku jugak. Tapi sekarang, anak kamu anak kamu, anak aku anak aku. Ah..tapi ada jugak yang anak sendiri pun mak bapak tak kenal.

Banyak bercakap, kurang kerja. Dan sebaliknya.

Saya suka buat banyak kerja dalam satu masa. Bila rasa termengah-mengah dan berjalan dengan laju saya rasa cukup sihat. Selepas kerja siap, saya akan menarik nafas lega kemudian akan bergelak ketawa dengan kawan sebelah.

Saya tidak pandai berpidato dan berbahas, adakalanya orang anggap saya lembik.
Tapi saya selalu siapkan kerja dengan baik.

Masam Manis

Saya rasa semua orang tidak kira dia kerja apa, dia belajar apa, mesti ada attitude.
Sikap semua orang kena ada rasa tanggungjawab. Tanggungjawab jaga hati dan perasaan, tanggungjawab buat kerja ikut masa yang ditetapkan.

Kalau semua orang ada rasa tanggungjawab dengan apa yang dia buat.
Attitude dia mesti sangat bagus.