Thursday, November 25, 2010

Saya suka One Buck Short. Anda?

 Lagu ini dinyanyikan oleh kumpulan nasyid Saujana beberapa tahun lepas. Kini dinyanyikan semula oleh Nazrey Johani dalam versi ala-ala Raihan.

Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang

Tapi jalan kebenaran

Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa

Akan kuatkah kaki yang melangkah

Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap

Mengharap senang dalam berjuang

Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba



Saya tunggu One Buck Short nyanyi lagu ni versi mereka.
Woah!

Topik Pagi Radio Tempatan

Saya memang suka berukar-tukar mendengar siaran radio sejak berada di sekolah rendah.
Hitz, Fly, X, Selangor, Era, Hot, Ikim, Sinar, Mix, Suria dan Muzik.
fm.

Sampaikan, masa di universiti dulu bila nak buat exam preparation, tengah study saya akan buka Ikim.fm kalau belajar subjek-subjek Islamic yang berbahasa Arab.
Lepas tu, kalau belajar subjek-subjek sekular yang berbahasa Inggeris saya akan dengar Fly.
Feeling memang berbeza.

Sejak saya mula memandu kereta, apabila menghidupkan enjin saya akan pasang radio.

Sejak kebelakangan ini, saya dapati ada beberapa buah stesyen radio membuka topik yang hampir sama di waktu pagi. Contohnya semalam:
Ikim.fm tajuk topik ialah Antara Hospital Swasta Dan Kerajaan Mana Satu Pilihan Anda.
Hot.fm tajuk topiknya ialah Bil Hospital Swasta Sangat Mahal.

Sebelum-sebelum itupun ada beberapa topik yang sama antara Ikim.fm dan Hot.fm iaitu
Pengemis: Rakyat Malaysia Terlalu Pemurah

Saya tahu topik itu adalah antara tajuk kecil di dalam akhbar.
Apabila dijadikan topik radio, ia mungkin kebetulan sama.

Tuesday, November 23, 2010

M

Nama saya bermula dengan huruf M.
Saya anak kedua daripada 5 orang adik beradik lelaki.
Masa sekolah dulu, dalam dewan peperiksaan saya akan dikelilingi rakan lelaki yang kebanyakannya nama mereka pun bermula dengan huruf M.

Kawasan kejiranan saya dulu hanya saya dan jiran sebelah yang bernama Liza berjantina perempuan. Majoriti rakan sepermainan saya adalah lelaki.
Sepupu perempuan saya boleh dikira dengan jari. Tidak lebih sepupuh orang. Sepupu lelaki lebih ramai daripada sepupu perempuan mungkin kerana faktor keturunan tidak banyak lelaki.


Ketika ini, umur saya adalah dua-puluh-lima tahun.
Di pejabat saya telah menjadi ketua kepada 5 orang lelaki yang berumur lebih daripada umur saya.
Dan saya menjadi sedikit ralat.
Tapi berusaha untuk jadi yang terbaik dari segi tolak ansur dan ketegasan.

Selamat bekerja kepada diri saya sendiri.

**Saya sebenarnya tengah buat kira-kira Oligopoly: Price and Output Determination.

Masa Mengandung Agak²nya Mak Kau Suka Mengumpat

Seorang rakan sekerja saya datang ofis. Kami bertemu di pintu masuk lif.
"Datin Lulu, peluklah saya" Mukanya sedih.
"Aku trauma" sambungnya lagi.

Rupa-rupanya semalam dia kena rompak depan rumah.
Dia, adik perempuan dia 20an dan adik lelakinya 10an telah dirompak 4 lelaki Melayu yang berumur belasan tahun. Mereka menaiki motor dan mengacukan parang kepada kawan saya apabila kawan saya dan adik beradiknya keluar daripada kereta di hadapan rumah sendiri. Di Ukay Bestari.

Selepas memeras barang kemas, laptop, telefon bimbit, dompet, broadband, jam, cermin mata,
perompak muda itu berkata "Eh tunggu kejap" lalu meraba dada kawan saya yang agak seksi.
Kemudian berlalu menaiki motor.

Bodoh gile budak Melayu yang duduk kelas tercorot, mengabiskan masa cuti sekolah dengan aktiviti merompak di masa lapang.

Kepala hotak kau dik!

Friday, November 19, 2010

Sebab Tu Jangan Berkhayal Dalam Kelas Weh!

Saya sedang ulangkaji pelajaran.
Saya tak dapat cari formula untuk dapatkan jawapan, lalu saya email kepada pensyarah.
Saya mengaku saya memang pemalas nak cari dalam buku, sebab buku saya tertinggal dalam kereta.
Malas nak ambil.
Ya. Saya pemalas.

Salam Dr.
What is the formula to compute cash payment for interest expenses in the direct method? it is not stated in the slide notes.


Seminit kemudian beliau balas

Ada
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, November 18, 2010

Peperiksaan Akhir

Mulai minggu hadapan saya akan menghadapi peperiksaan akhir:
i.
Accounting For Managers
ii.
Managerial Economics
iii.
Halal And Haram In Islam
iv.
Application Of Fiqh al-Muamalat. 


Serius nanti tak tahu nak jawab ape.
Haih.

Monday, November 15, 2010

Kesesakan Jalanraya

Hari raya Idul Adha di Malaysia jatuh pada hari Rabu (esok).
Kebarangkalian orang balik kampung ialah pada hari Selasa (hari ni).

Negeri yang paling meriah menyambut hari raya Qurban ialah Kelantan.
Orang Kelantan balik ke kampung lebih awal.

Semalam dan hari ni (dan mungkin esok) setiap pagi jalanraya di KL tak jammed.
Jadi, orang yang menyesakkan jalanraya di KL selama ini ialah orang Kelantan.

Cis!

Uncle Seekers

Lawaknye beliau.
Gigolo tua yang murah.

Saya baca banyak komen, komen paling saya nak buat ombak banyak kali ialah komen ini:

'Saya cabar Uncle sembahyang cukup 5 waktu'

Terbaek lah kau dik!

Thursday, November 11, 2010

Graduan Segar Datangnya Daripada Ladang Yang Segar

Semalam dan hari ini saya terlibat dalam menilai calon pensyarah.
Di sini, untuk menjadi seorang pensyarah selain daripada memiliki kalayakan akademik yang baik anda akan melalui 3 fasa interview.

Fasa pertama
Kebolehan menulis esei dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mengikut masa yang ditetapkan
Fasa kedua
Kebolehan mengajar menerusi mock teaching
Fasa ketiga
Interview bersama Ketua Jabatan, Ketua Sumber Manusia, Ketua Program.


Calon 1
"Jawatankuasa Pendamai ialah kaunselor di Jabatan Agama Islam. Fungsinya memberi kaunseling kepada pasangan yang bermasalah. Manakala Sulh ialah proses sebelum masuk ke mahkamah" dia kata.

"Apa beza Sulh dan Hakam?" Saya tanya.
"Hakam? erm..Hakam ialah jawatankuasa pendamai, Sulh ialah rundingan perdamaian"
"Jadi, apa beza Hakam dan jawatankuasa pendamai?"

Dia kaget.
Saya sambung"Hakam ialah wakil dari keluarga pasangan.. bla. bla. bla"

"Sori la, saya tak sempat buat preparation sebab saya kerja. Bla. Bla. Bla"

"Hal anta tastati' takallam billughatil 'arabiah?" tanya seorang panel.
"Erm.. Arab.. cubalah"
"Bla. Bla. Bla (tanya soalan dalam Bahasa Arab)"
"Saya tak faham"
Panel ulang soalan bagi faham.
Dia tak mampu jawab.
Saya jelaskan "Apa tujuan diadakan Sulh?"
Dia tak mampu jawab.

Ok takpe. Teruskan.
"Boleh tak saya tak teruskan interview lepas ni?"
Saya tanya "Kenapa?"
"Awak pensyarah kat sini ke?" Dia tanya saya saya balik.
"Saya tak minat lah. Saya tak suka environment kat sini" Dia kata.

What the hell.
Cepat give up. Hot temper. Tak matang. Takde critical and creative thinking.
Jadi, saya reject.

Kepada graduan, kalau rasa diri tu tak pernah kerja langsung at least tolonglah berfikir dengan matang.
Terutamanya graduan Pengajian Islam.
Kau kena reti market diri kau.

Bukan nak kata apa lah.
Saya dulu baru habis final exam (belum lagi konvokesyen) sudah dapat kerja ni sebab saya ada soft skills.
Saya paling tidak suka orang bagi alasan "takde masa" bila tak dapat buat sesuatu dengan baik.

Samalah masa saya ajak rakan sepasukan training petang semasa musim exam (waktu di universiti dulu)
"Nak baca buku lah. Esok exam."
Kamon la weh, training 2 jam waktu petang tak menjejaskan langsung memori atau menyebabkan anda hilang ingatan apa yang anda baca dan hafal.

Dan lagi satu,
kalau anda takde pengalaman kerja langsung, janganlah demand sangat nak tempat kerja yang very the very exclusive.

Itu baru calon pertama.
Calon-calon interview seterusnya tengoklah kalau saya ada masa nak cerita.

**Ada satu calon TESL, bila tanya pasal Tense pun gagal nak jawab. Haish!

Wednesday, November 10, 2010

Mendidik Lebih Susah Daripada Mengajar

Semalam rakan sekerja saya memberitahu seorang rakan sekerja kami mahu berhenti kerja kerana stress dengan pelajar.

Pelajar-pelajar di sini terdiri daripada bumiputera dan non-bumi.
Rata-ratanya berumur 18-27 tahun. Cuma ada segelintir yang berumur 30 tahun ke atas.

Bagi saya, ciri-ciri pendidik yang mesti ada pada setiap tenaga pengajar di seluruh Malaysia adalah:
Pertama
Jiwa kental.
Kedua
Muka selamba
Ketiga
Rajin
Keempat
Bijak
Kelima
Pandai bersosial
Keenam
Banyak membaca

Setiap hari apabila makan malam bersama suami, saya selalu cerita tentang perangai pelajar yang luar biasa kepadanya.

Saya suka dengan kerja saya
mendidik sambil mengajar.

Kalaulah dia tahu Islam menyuruh penganutnya SAYANG semua orang

Dalam agama memang ada politik.
Tapi jangan politikkan agama.

Saya kata mereka bongok.
Bongok gile.
*Kredit: malaysiakini

Tuesday, November 9, 2010

Alas Kaki Kiri Dan Kananku

Bagi saya, tidak kira orang itu pakai baju apa, corak apa atau warna apa, saya tidak kisah. Asalkan kasut yang dia pakai nampak cool dan sempoi.
Mungkin sebab itu apabila melihat orang yang berjalan atau berdiri, mata saya akan memandang kakinya dahulu.

Saya aktif bersukan sejak di sekolah menengah.
Pernah satu ketika di mana satu perlawanan peringkat zon/daerah diadakan di sebuah sekolah lain di sekitar Klang, Selangor
pada malam sebelum pertandingan saya telah meminta ayah membelikan saya sepasang sandal Nike yang berharga RM70 sepasang.

Tapi ayah saya tak mahu beli. Dia kata pakai je apa yang ada. Saya menangis. Nak jugak beli.
Saya cakap dalam hati: Tak stylo la datang sekolah orang pakai selipar cap ayam.

Teruk gila weh saya ni. Masa itu umur saya 17 tahun. Semoga Allah mengampunkan dosa saya kerana mendesak seorang bapa membelikan sepasang sandal Nike di malam hari.

Lalu ayah pun ke kedai bersama saya. Membeli sandal berwarna kuning.
Terima kasih ayah. Sangat-sangat-sangat terima kasih.

Pagi tadi, semasa menyarungkan comfort shoes untuk ke tempat kerja saya terpandang sneakers Converse yang berharga RM200. Sudah beberapa bulan saya tidak memakai sneakers sejak bergelar isteri, pekerja dan pelajar secara serentak.

Saya berdoa agar dapat pakai sneakers kembali apabila pergi bercuti kelak.
Iaitu selepas 2 tahun. InsyaAllah.

"Lepas 2 tahun mesti ada promosi, siapkan assignment ni dulu" 
kata suami saya malam tadi semasa saya membuka laman web Firefly.

Monday, November 8, 2010

KL yo!

Macam biasa, setiap pagi di kala kesesakan jalan nak ke tempat kerja saya suka tengok kanan atau kiri, kemudian depan dan belakang. Tengok kereta dan tengok orang dalam kereta.

Pagi tadi, ada sebuah kereta Viva depan kereta saya. Sticker dekat cermin belakang kereta dia ada tulis

BUSY FINDING MONEY

Sunday, November 7, 2010

Tips 2: 150km/j

Sejak setahun saya tinggal di Kuala Lumpur, saya sudah arif mengenai jalan-jalan di sini. Maknanya, saya tidak pernah gusar jika tersalah masuk lorong di mana-mana jalan di Kuala Lumpur. Saya tahu jalan pintas jika berlaku kesesakan jalanraya terutamanya di MRR2 dan terutamanya jalan sekitar kawasan Pandan.

Di zaman lampau, saya kerap berulang-alik dari KL ke Kuala Selangor menggunakan laluan tanpa tol iaitu laluan KL-Kepong-Sg. Buloh-Ijok.
Betapa bakal suami saya ketika itu sangat terkejut bila saya kata di kala saya takde kelas mengajar di KL saya sempat balik ke Kuala Selangor melalui Ijok.

Berani mati punya orang bawak kereta laju-laju lalu Ijok. Biasanya saya ambil masa satu jam 15 minit dari Pandan ke Kuala Selangor.

Kemudian, sejak Julai 2010, saya kerap berulang alik dari KL ke Nilai, Negeri Sembilan.
Setiap hari Rabu, Khamis dan Jumaat selepas ofis hour saya bergegas ke Nilai. Biasanya saya mengambil masa 40 minit untuk sampai betul-betul di plaza tol Nilai.

Tips:
Pertama
Baca doa naik kereta. Kalau dapat hafal ayat Ibn Abbas bagi tu lagi bagus.
Kedua
Pasang radio/CD
Ketiga
Kereta hendaklah Automatic Gear
Keempat
Memandu di lorong paling kanan dengan kelajuan 130km/j ke atas. Pemandu yang memandu kereta 120km/j ke bawah hanya layak berada di lorong tengah.
Kelima
Mesti sentiasa peka kepada cermin sisi dan cermin belakang supaya tahu keadaan kereta lain. Andaikata ada lebih laju dari kereta anda, maka pergilah ke lane tengah dahulu kemudian masuk semula ke lane tepi.
Keenam
Bersedia untuk eksiden.

Tips tambahan:
Jika hendak bercakap menggunakan telefon atau makan, sila pergi ke lane tengah. Paling penting pastikan stereng anda adalah power stereng.
Dan, anggap sajelah anda sedang main game token 'Kereta Racing'.

Khas untuk awek berani sahaja.
Kalau tak berani jangan mengada² nak cuba.

Masa itu emas.
Semoga berjaya.

Thursday, November 4, 2010

Tips 1: Multitasking

Pada zaman lampau saya pernah menulis tentang kebolehan perempuan membuat pelbagai kerja dalam satu masa. Contohnya sambil memasak, boleh membasuh kain pakai washing machine, lipat baju yang dah kering, bercakap melalui telefon dan memberi arahan kepada anak-anak.

Mungkin sebab kebolehan multitasking ini menyebabkan ramai perempuan di institut pengajian tinggi.
Mereka dapat menguruskan masa dengan baik. Contohnya sambil membuat assignment, mereka boleh makan keropok lekor dan berborak dengan teman sebilik serta mengupdate Friendster dan berYahoo Messenger.
Plus, mendengar lagu dalam MP3.

Apabila menjadi suri rumah yang juga bekerja dan belajar (Maksudnya ialah sibuk dengan urusan hal ehwal rumah seperti memasak, membasuh baju, mengemas dan melayan suami, juga sibuk dengan urusan kerja seperti menghadiri meeting, membuat soalan-soalan peperiksaan, melayan karenah pelajar, menguruskan hal-hal jabatan serta sibuk dengan urusan belajar Master secara course work)

Pertama:
Cari lelaki beriman untuk dibuat suami
Kedua:
Cari kerja yang ada masa fleksibel, ada ruang untuk rehat dan lepak-lepak
Ketiga:
Cari rumah dekat dengan tempat kerja, supaya ruang masa yang ada untuk lepak dan rehat kat ofis tu anda boleh balik rumah masak nasik, atau tidur atas tilam yang empuk.
Keempat:
Jangan buat kerja tertangguh kerana apabila kerja tertengguh menyebabkan pada satu hari nanti kerja anda jadi banyak dan jadi beban!
Kelima:
Sambung belajar yang mudah seperti secara course work. Pergi kelas niat untuk belajar dan cari ilmu bukan untuk riak ke apa.
Keenam:
Taat suami.

Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Usaha tangga kejayaan. Cewah.

Wednesday, November 3, 2010

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Bercerita tentang makanan Halal, kebanyakan rakyat Malaysia memang prihatin. Apabila makanan kesukaan tidak ada cop logo JAKIM maka mereka membuat bantahan secara pukal di Facebook mahupun di surat khabar perdana ataupun di blog-blog cap ayam seperti blog ini dengan mengatakan

"Harap JAKIM menyiasat produk yang tidak ada logo Halal ini. Ramai yang pengguna menggunakannya"

Ayat-ayat sebegitu biasanya boleh disamakan dengan ayat

"Tolonglah JAKIM, tolong la kitorg letak logo Halal kat menda alah ni. Kitorg suka sangat menda ni. Takkan dia tak Halal kot. Kamon la JAKIM weh"

Sebagai pengguna yang bijak bistari, kalau takde logo Halal tak payah la beli!
Tidak perlu mendesak JAKIM memberi logo Halal kepada produk tersebut.

"Abis tu Datin Lulu, kalau logo tu meragukan? Camane nak beli"
"Kalau meragukan tak payah lah beli. Kata tadi bijak bestari"
"Abis tu Datin Lulu, kalau dah terbeli?"
"Kalau dah terbeli atau termakan nak buat macamana, memang kau tak tahu. Bila dah tahu lain kali tak payah lah beli. Kata tadi pengguna bijak."


Beberapa bulan lepas saya ada terbaca mengenai seorang artis yang berniaga nasi mengatakan bahawa nak pohon sijil Halal Jakim amatlah susah.

Ketahuilah rakyat Islam sekelian, anda beruntung kerana ada JAKIM sebab boleh bagi lulus Halal.
Kalau saya jadi pengarah JAKIM, jangan harap nak bagi lulus senang-senang. Terutamanya di kedai-kedai makan.

Anda bayangkan macamana tukang masak masak kari. Mula-mula dia basuh ayam yang ada darah, lepas tu dia pegang kepala paip nak basuh tangan.
Kat kepala paip tadi dah ada bekas-bekas darah ayam. Lepas tu dia perah santan guna kepala paip yang sama tak basuh. Santan yang ada sikit-sikit darah ayam tadi masuk dalam periuk dan dibuat kari.
Maka, jadilah ia Kari Mutanajis. Fuhyo!

Mutanajis = Benda yang dimasuki najis.

Dulu-dulu saya pernah nampak ada orang tulis kat produk dengan ayat 'Ditanggung Halal', tapi sekarang dah takde dah tulis macam tu.
Kalau tulis 'Ditanggung Halal' kan senang. Bagi orang Islam dia akan tanggung dosa kalau tak Halal. Bagi orang bukan Islam kalau dia tulis ayat ni, apa adahal? Bukan Islam memang pendosa.

Sekian,
wa billahi tawfiq wal hidayah, wassalamu 'alaikum warahmatullahi wabarakatuhu.

One Buck Short satu!

Bukan Susah Nak Jadi Pemaaf

Dalam CV saya, di ruangan kekuatan diri saya letakkan 'Seorang yang pemaaf''.
Saya tidak tahu dari mana datangnya sifat pemaaf ini. Mungkin dari Mak yang sering kelihatan sabar dan tabah dengan segala ujian Allah, atau mungkin dari pesanan ayah yang selalu cakap pada saya dari saya kecil "Perkara dah berlaku kita kena terima dan redha sebab kita dah berusaha"

Bila orang tanya kenapa saya ada ramai kawan yang pelbagai jenis, saya hanya kata saya tak pandai berhujah atau berborak tapi saya pandai berinteraksi.
Sebenarnya, berdasarkan pemerhatian saya sejak kecil, Allah telah menciptakan pelbagai jenis manusia yang mempunyai pelbagai jenis sifat dan pelabagai jenis rupa. Apa yang saya hadapi setiap hari saya akan bersyukur kerana dapat kenal ramai orang dengan pelbagai perangai dan ragam.

Saya tidak pernah menyalahkan rakan saya yang pemarah kerana apabila saya lihat backgroundnya dia berketurunan Bugis yang duduk di Melaka.

Saya tidak pernah menyalahkan rakan saya yang manja dan pemalas kerana apabila dilihat latar belakang keluarganya yang memanjakan dia.

Dan macam-macam lagi.
Apa yang saya buat ialah biarkan dia dengan perangai dia, teruskan berkawan.
Kerana saya tahu bahawa manusia tidak ada yang sempurna. Saya pun ada kekurangan. Setiap orang ada kekurangan. Kadang-kadang apa keburukan yang ada pada orang, ada sedikit pada kita.

Suami saya seorang jurutera yang berkerja di Engineering Consultant di Damansara. Suami saya kata ada seorang rakan sekerjanya yang berbangsa Cina tidak pernah menyalahkan orang lain. Apa-apa perkara dia tak pernah salahkan orang lain; jika orang lain tidak mampu buat sesuatu dia akan kata "takpe, biar saya tolong buat"

Saya mahu jadi seperti Cina itu!

Tuesday, November 2, 2010

Hidup Umpama Roda

Saya sudah lama tidak melayan komen dalam blog orang yang tidak dikenali.
Memang kelakar.
Seingat saya, kali terakhir saya memberi komen yang banyak dalam satu post blog orang ialah pada April 2009 DI SINI, ketika saya tengah sibuk menyiapkan kajian ilmiah yang bertajuk Protection of Civilians In Warfare: The Shariah and International Law Perspectives.

Kemudian, ketika saya sibuk menanda kertas jawapan peperiksaan akhir pelajar serta membuat assignment Financial Statement Analysis, saya telah memberi komen tanpa isi yang munasabah DI SINI.

Hahahah!
Ini semua ada therapy,
apabila saya menaip tanpa henti depan skrin.
Blog walking adalah mujarab!

Workaholic

Sejak habis peperiksaan akhir pada 2009 hingga sekarang, saya tidak berpeluang cuti rehat yang lama.
Hidup saya sangat teratur apabila memikul tanggungjawab sebagai suri rumah tangga, pelajar dan pekerja.

Saya mahu ambil cuti yang panjang untuk melayan dan memerhati karenah orang awam sambil sesekali tergelak kecil.

Sangat rindukan semua itu.
Tetapi Allah tidak mengizinkan masa saya.

Berdoalah.

Monday, November 1, 2010

Muslimin Wal Muslimat

Saya sangat meluat dengan sikap orang ramai yang suka membuat spekulasi mengenai seorang ustaz ataupun seorang ustazah.

Contoh pertama
Ada seorang yang bergelar Ustaz kerana mengajar Bahasa Arab tetapi kelihatan rawk di mata masyarakat kerana memakai jeans dan menghisap rokok.

Contoh kedua
Ada seorang wanita bergelar ustazah kerana mahir ilmu Fiqh tetapi kelihatan anggun di mata masyarakat kerana memakai tudung cantik berbentuk tiga segi.

Lalu mereka berkata "Ustaz ape lah macam tu" atau "Macam tu ke dinamakan ustazah?"


Ketahuilah wahai masyarakat sekalian bahawasanya ustaz dan ustazah ni ada macam-macam.
Macam Doktor lah jugak, ada macam-macam doktor. Doktor mata, doktor bedah, doktor haiwan, doktor gigi, doktor pskiatri, doktor sakit puan, dan pelbagai jenis doktor lagi.

Macam tu lah ustaz/ustazah. Ade ustaz Bahasa Arab, ustaz Fiqh, ustaz Hadith, ustaz Usuluddin.
Kalau anda tanya pasal Fiqh kat ustaz Bahasa Arab memanglah dia tak berapa reti sangat sebab dia mahir Bahasa Arab je; bab Nahu, Sorof, Balagha, dan sebagainya. Dia tak belajar Usul Fiqh yang merangkumi Qawaidh Fiqh.

Kalau tak percaya pergilah tanya mana-mana ustazah yang ada ijazah sarjana muda Usuluddin, macam mana nak bezakan Mafhum Mukhalafah dengan Mafhum Muwafaqah.
Kalau dia dapat jawab memang dia terbaek dari ladang ah.
Kalau tak dapat jawab, jangan salahkan dia sebab bidang yang dia ambil ialah Usuluddin. Tanyalah dia pasal bab aqidah mesti dia jawab laju macam air.

Sekian,
Makasih.

Eh, betul kah penggunaan perkataan spekulasi  di awal pernyataan di atas? Ahak!

Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama

Orang sekarang agak-agak ada tak yang cipta peribahasa atau pepatah Melayu?
Saya rasa kalau ada yang cipta pun, ianya tidak menjadi budaya atau ikutan
Saya rasa kalau ada yang cipta pun, bukan dia yang cipta sebenarnya. Ciplak orang lain.
Macam Lembu dengan Sapi.

Saya yakin ada di antara kita pernah menjadi 'Lembu' dan tak nak mengaku pernah jadi 'Sapi'

Kan?