Saturday, March 5, 2011

Chill lah!

Biasanya waktu pagi, kebanyakan radio kerajaan akan ada program motivasi pagi.
Saya dengar seorang penceramah motivasi bercerita mengenai kawan dia.

Saya namakan kawan penceramah ini sebagai Amin.
Suatu hari Amin dan kawannya naik komuter. Sampai satu stesyen, pintu dibuka dan kelihatan seorang lelaki masuk bersama dua orang anak lelakinya yang berusia lebih  kurang 4 dan 6 tahun.
Masuk sahaja dalam komuter lelaki itu terus duduk dan melelapkan matanya.

Suasana dalam koc tu sunyi, ada yang membaca, mendengar lagu dan sebagainya. Tiba-tiba suasana jadi bising dek kerana dua orang anak lelaki tadi berlari dari hujung ke hujung. Mengacau orang. Menepis buku yang sedang dibaca. Memanjat-manjat.

Semua orang jadi bengang gila dengan budak dua orang yang buat bising dan mengacau ni sedangkan ayah diorang syok je tido.
Muka semua orang berkerut dan nampak kemarahan. Amin pun sama. Dia tak tahan lagi bila perangai dua orang budak tu dah makin melampau.
Amin pergi kat ayah diorang dan dengan sehabis baik dan sehabis lembut supaya tak menyinggung perasaan ayah mereka, dia pun pegang peha sambil berkata "Saudara.."
Lelaki itu buka mata dan memandang Amin sambil berkata "Ya, ada apa?"

"Anak saudara buat bising dan menggangu orang kat sini" kata Amin sehabis lembut dan menjaga budi bahasa. Lelaki tadi melihat anak-anaknya. Kemudian dia memaling dan melindungi mukanya sambil menangis teresak-esak.
Amin jadi serba salah. "Kenapa saudara? Boleh saya bantu?"

"Saya tak tahu nak buat macamana dengan anak-anak saya tu"
Air mata dia mengalir
"3 minggu lepas isteri saya mengadu sakit-sakit kepala. Saya bawak dia pergi hospital dan doktor cakap ada kanser dalam kepala. Kena tahan duduk wad. Dah 2 minggu duduk wad anak-anak saya tak dibenarkan melawat sebab dalam ICU"

"Bila saya bawa anak-anak saya pergi hospital mesti diorang tak dibenarkan masuk. Bila balik masing-masing kata rindu kat mama, rindu kat mama, bila boleh jumpa mama"

"Semalam saya dapat call daripada hospital, doktor bagitahu boleh bawa anak-anak jumpa isteri. Diorang bukan main suka. Gembira dan tak sabar nak jumpa mama. Suka sangat"

"Baru kejap tadi saya dapat call daripada hospital, nurse bagitahu isteri saya dah meninggal dunia. Saya tak tahu macamana nak cakap dengan dua anak saya" Kata lelaki tadi sambil tengok anak-anak yang tengah gembira gelak-gelak. Air mata dia mengalir dan menangis teresak-esak.


Kita senang nak benci orang padahal kita tak tahu hal sebenar.

Saya tertengok video clip Cikgu Shida Dari Parit.
Saya tak kenal dia dan mula-mula rasa dia ni ntah apa-apa. Tapi bila Google nama dia, i read lot of blogs dan tak tahu nak cakap apa.
Suka hati dialah nak buat apa. Dia pun dah dewasa.

Saya kasihankan mereka yang kutuk, mengata, mengeji dan menghina Cikgu Shida. Berkata memang senang, nak empathy memang susah kan?

PPD yang sound Cikgu Shida mesti malu dengan diri sendiri sebab sibuk nak jaga cikgu, padahal surau sekolah pun tak reti nak ambek kisah.

4 comments:

Menusuk Hati said...

sedihnya cita budak yg kematian emak tu..kalau dkt tmpt kerja saya,selalunya siang jumpa pesakit tu,malam r next pagi dah xda nyawa..huhu..

Datin Lulu said...

Memang sedih. Masa dengar tu rasa nak menangis. Terus insaf. Jangan cepat marah kat orang. Kan?

Granny Hani said...

mata yg memandang tak seberat bahu yg memikul.
Salam singgah.

pleasure4babes said...

suddenly teringatkn ank2 sy yg comel n manja2....x tertanggung rasanya klau sy kat tempat lelaki tu....rasa seolah2 dunia gelap...xnak ank2 menangis n rasa rindu pd emaknya....dugaan yg paling besar yg sy sendiri x mampu nak tanggung...kesian ngan budak2 tu.