Thursday, November 4, 2010

Tips 1: Multitasking

Pada zaman lampau saya pernah menulis tentang kebolehan perempuan membuat pelbagai kerja dalam satu masa. Contohnya sambil memasak, boleh membasuh kain pakai washing machine, lipat baju yang dah kering, bercakap melalui telefon dan memberi arahan kepada anak-anak.

Mungkin sebab kebolehan multitasking ini menyebabkan ramai perempuan di institut pengajian tinggi.
Mereka dapat menguruskan masa dengan baik. Contohnya sambil membuat assignment, mereka boleh makan keropok lekor dan berborak dengan teman sebilik serta mengupdate Friendster dan berYahoo Messenger.
Plus, mendengar lagu dalam MP3.

Apabila menjadi suri rumah yang juga bekerja dan belajar (Maksudnya ialah sibuk dengan urusan hal ehwal rumah seperti memasak, membasuh baju, mengemas dan melayan suami, juga sibuk dengan urusan kerja seperti menghadiri meeting, membuat soalan-soalan peperiksaan, melayan karenah pelajar, menguruskan hal-hal jabatan serta sibuk dengan urusan belajar Master secara course work)

Pertama:
Cari lelaki beriman untuk dibuat suami
Kedua:
Cari kerja yang ada masa fleksibel, ada ruang untuk rehat dan lepak-lepak
Ketiga:
Cari rumah dekat dengan tempat kerja, supaya ruang masa yang ada untuk lepak dan rehat kat ofis tu anda boleh balik rumah masak nasik, atau tidur atas tilam yang empuk.
Keempat:
Jangan buat kerja tertangguh kerana apabila kerja tertengguh menyebabkan pada satu hari nanti kerja anda jadi banyak dan jadi beban!
Kelima:
Sambung belajar yang mudah seperti secara course work. Pergi kelas niat untuk belajar dan cari ilmu bukan untuk riak ke apa.
Keenam:
Taat suami.

Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Usaha tangga kejayaan. Cewah.

4 comments:

Anonymous said...

dengar itu para wanita (walaupun xda bunyi)

Datin Lulu said...

Menusuk Hati,
terima kasih. Saya cuba komen entry blog awak tapi tidak tahu bagaimana sebab takde ruang.

Terima kasih atas nasihat.

Saya pernah mengalami patah tangan kiri yang teruk kerana bersukan. Jadi, saya dapat rasakan kesakitan yang awak alami sekarang.

Alhamdulillah, gaji yang saya terima setakat ini cukup kerana saya percaya kepada konsep sedeqah Allah akan pulangkan lebih lagi apa yang kita sedeqahkan.

Terima kasih sekali lagi di atas nasihat.
Semoga sabar, tabah dan tahan ujian Allah.

:)

Menusuk Hati said...

sama2!(",)b... Sama2 istiqomah kerana Allah

~fam~ said...

perempuan juga punya kelebihan mendengar sambil bercakap.....:)