Wednesday, November 3, 2010

Bukan Susah Nak Jadi Pemaaf

Dalam CV saya, di ruangan kekuatan diri saya letakkan 'Seorang yang pemaaf''.
Saya tidak tahu dari mana datangnya sifat pemaaf ini. Mungkin dari Mak yang sering kelihatan sabar dan tabah dengan segala ujian Allah, atau mungkin dari pesanan ayah yang selalu cakap pada saya dari saya kecil "Perkara dah berlaku kita kena terima dan redha sebab kita dah berusaha"

Bila orang tanya kenapa saya ada ramai kawan yang pelbagai jenis, saya hanya kata saya tak pandai berhujah atau berborak tapi saya pandai berinteraksi.
Sebenarnya, berdasarkan pemerhatian saya sejak kecil, Allah telah menciptakan pelbagai jenis manusia yang mempunyai pelbagai jenis sifat dan pelabagai jenis rupa. Apa yang saya hadapi setiap hari saya akan bersyukur kerana dapat kenal ramai orang dengan pelbagai perangai dan ragam.

Saya tidak pernah menyalahkan rakan saya yang pemarah kerana apabila saya lihat backgroundnya dia berketurunan Bugis yang duduk di Melaka.

Saya tidak pernah menyalahkan rakan saya yang manja dan pemalas kerana apabila dilihat latar belakang keluarganya yang memanjakan dia.

Dan macam-macam lagi.
Apa yang saya buat ialah biarkan dia dengan perangai dia, teruskan berkawan.
Kerana saya tahu bahawa manusia tidak ada yang sempurna. Saya pun ada kekurangan. Setiap orang ada kekurangan. Kadang-kadang apa keburukan yang ada pada orang, ada sedikit pada kita.

Suami saya seorang jurutera yang berkerja di Engineering Consultant di Damansara. Suami saya kata ada seorang rakan sekerjanya yang berbangsa Cina tidak pernah menyalahkan orang lain. Apa-apa perkara dia tak pernah salahkan orang lain; jika orang lain tidak mampu buat sesuatu dia akan kata "takpe, biar saya tolong buat"

Saya mahu jadi seperti Cina itu!

No comments: