Tuesday, November 23, 2010

M

Nama saya bermula dengan huruf M.
Saya anak kedua daripada 5 orang adik beradik lelaki.
Masa sekolah dulu, dalam dewan peperiksaan saya akan dikelilingi rakan lelaki yang kebanyakannya nama mereka pun bermula dengan huruf M.

Kawasan kejiranan saya dulu hanya saya dan jiran sebelah yang bernama Liza berjantina perempuan. Majoriti rakan sepermainan saya adalah lelaki.
Sepupu perempuan saya boleh dikira dengan jari. Tidak lebih sepupuh orang. Sepupu lelaki lebih ramai daripada sepupu perempuan mungkin kerana faktor keturunan tidak banyak lelaki.


Ketika ini, umur saya adalah dua-puluh-lima tahun.
Di pejabat saya telah menjadi ketua kepada 5 orang lelaki yang berumur lebih daripada umur saya.
Dan saya menjadi sedikit ralat.
Tapi berusaha untuk jadi yang terbaik dari segi tolak ansur dan ketegasan.

Selamat bekerja kepada diri saya sendiri.

**Saya sebenarnya tengah buat kira-kira Oligopoly: Price and Output Determination.

4 comments:

Menusuk Hati said...

ehe..pernah mengalami perkara y sama apabl pelajar yg namanya bermula dgn hurf N-S dikumpul dalam 1 kem BTN.nisbah llki kpd wnta 1:10..

Nur amira,nur hafiza,siti aminah,siti aisyah....Qarun?Qabil?M....Mmm..Munirah?Maimunah?Mardiana?Muahaha!

Datin Lulu said...

BTN kat ne tu menusuk hati?
saya pernah gi BTN seminggu kat Kuala Lipis

Menusuk Hati said...

sama!!!pondok semut,dewan mentadak....xigt..

Datin Lulu said...

ntah. tak ingat apa ke nama dewan pondok tu semua.
yang saya ingat ialah satu malam duduk dalam hutan.
satu malam tido dalam hutan.
satu malam lagi keluar hutan.
balance: dok dengar ceramah dan sesi soal jawab.