Tuesday, November 9, 2010

Alas Kaki Kiri Dan Kananku

Bagi saya, tidak kira orang itu pakai baju apa, corak apa atau warna apa, saya tidak kisah. Asalkan kasut yang dia pakai nampak cool dan sempoi.
Mungkin sebab itu apabila melihat orang yang berjalan atau berdiri, mata saya akan memandang kakinya dahulu.

Saya aktif bersukan sejak di sekolah menengah.
Pernah satu ketika di mana satu perlawanan peringkat zon/daerah diadakan di sebuah sekolah lain di sekitar Klang, Selangor
pada malam sebelum pertandingan saya telah meminta ayah membelikan saya sepasang sandal Nike yang berharga RM70 sepasang.

Tapi ayah saya tak mahu beli. Dia kata pakai je apa yang ada. Saya menangis. Nak jugak beli.
Saya cakap dalam hati: Tak stylo la datang sekolah orang pakai selipar cap ayam.

Teruk gila weh saya ni. Masa itu umur saya 17 tahun. Semoga Allah mengampunkan dosa saya kerana mendesak seorang bapa membelikan sepasang sandal Nike di malam hari.

Lalu ayah pun ke kedai bersama saya. Membeli sandal berwarna kuning.
Terima kasih ayah. Sangat-sangat-sangat terima kasih.

Pagi tadi, semasa menyarungkan comfort shoes untuk ke tempat kerja saya terpandang sneakers Converse yang berharga RM200. Sudah beberapa bulan saya tidak memakai sneakers sejak bergelar isteri, pekerja dan pelajar secara serentak.

Saya berdoa agar dapat pakai sneakers kembali apabila pergi bercuti kelak.
Iaitu selepas 2 tahun. InsyaAllah.

"Lepas 2 tahun mesti ada promosi, siapkan assignment ni dulu" 
kata suami saya malam tadi semasa saya membuka laman web Firefly.