Sunday, November 7, 2010

Tips 2: 150km/j

Sejak setahun saya tinggal di Kuala Lumpur, saya sudah arif mengenai jalan-jalan di sini. Maknanya, saya tidak pernah gusar jika tersalah masuk lorong di mana-mana jalan di Kuala Lumpur. Saya tahu jalan pintas jika berlaku kesesakan jalanraya terutamanya di MRR2 dan terutamanya jalan sekitar kawasan Pandan.

Di zaman lampau, saya kerap berulang-alik dari KL ke Kuala Selangor menggunakan laluan tanpa tol iaitu laluan KL-Kepong-Sg. Buloh-Ijok.
Betapa bakal suami saya ketika itu sangat terkejut bila saya kata di kala saya takde kelas mengajar di KL saya sempat balik ke Kuala Selangor melalui Ijok.

Berani mati punya orang bawak kereta laju-laju lalu Ijok. Biasanya saya ambil masa satu jam 15 minit dari Pandan ke Kuala Selangor.

Kemudian, sejak Julai 2010, saya kerap berulang alik dari KL ke Nilai, Negeri Sembilan.
Setiap hari Rabu, Khamis dan Jumaat selepas ofis hour saya bergegas ke Nilai. Biasanya saya mengambil masa 40 minit untuk sampai betul-betul di plaza tol Nilai.

Tips:
Pertama
Baca doa naik kereta. Kalau dapat hafal ayat Ibn Abbas bagi tu lagi bagus.
Kedua
Pasang radio/CD
Ketiga
Kereta hendaklah Automatic Gear
Keempat
Memandu di lorong paling kanan dengan kelajuan 130km/j ke atas. Pemandu yang memandu kereta 120km/j ke bawah hanya layak berada di lorong tengah.
Kelima
Mesti sentiasa peka kepada cermin sisi dan cermin belakang supaya tahu keadaan kereta lain. Andaikata ada lebih laju dari kereta anda, maka pergilah ke lane tengah dahulu kemudian masuk semula ke lane tepi.
Keenam
Bersedia untuk eksiden.

Tips tambahan:
Jika hendak bercakap menggunakan telefon atau makan, sila pergi ke lane tengah. Paling penting pastikan stereng anda adalah power stereng.
Dan, anggap sajelah anda sedang main game token 'Kereta Racing'.

Khas untuk awek berani sahaja.
Kalau tak berani jangan mengada² nak cuba.

Masa itu emas.
Semoga berjaya.

4 comments:

~fam~ said...

wa naik motor dari kuala selangor ke sungai buloh dalam 20 minit. melalui ijok. tapi agak bahaya untuk bawa laju di selekoh selekoh yang agak tajam di kawasan estet itu.

ada masa, kite race?hehe, gurau je k...

Datin Lulu said...

antikapel, lu kalau bawak motor jangan bawak tengah jalan sebab kereta nak lalu. bagi tepi sikit dekat line baru selamat.

hehe.
take care sis
:)

Menusuk Hati said...

laju gila!suka tip y ke 6..bersedia utk accdnt!haha!kelakar...

Ht2 selalu..biar cepat tetapi selamat

Sayer Best said...

i like..
ada masa mari race..hahaha
dulu sekali trauma after eksiden,tapi dah 2 3 bulan,takde mende dah

serdang-batu pahat:2 jam 15 minit

hehe